Kajian warna kulit tidak serata, 2011

Pusat percubaan

Thomas J. Stephens & Associates, Inc., Texas, Amerika Syarikat.

Objektif

Untuk menilai keberkesanan Bi-Oil dalam meningkatkan penampilan tona kulit tidak sekata dan pigmentasi apabila digunakan oleh wanita dengan ringan ke sederhana kerosakan kulit akibat pancaran matahari (penuaan) pada muka dan leher.

Sampel

Subjek: 67 peserta wanita (pelbagai etnik) yang ditentukan secara klinikal mengalami ringan ke sederhana kerosakan kulit akibat pancaran matahari pada muka dan leher. Sel rawatan dengan Bi-Oil merangkumi 35 subjek dan sel tanpa rawatan merangkumi 32 subjek. Umur peserta: 30 sampai 70.

Metodologi

Secara rawak, terkawal, efikasi gred buta. Subjek mengambil bahagian dalam penilaian penyaringan awal diikuti dengan 1 minggu tempoh tanpa rawatan. Produk disapu pada muka dan leher dua kali sehari selama 12 minggu. Aplikasi dilakukan dibawah pengawasan penyelia pada lawatan asas. Penilaian klinikal dijalankan pada minggu 0, 2, 4, 8 dan 12. Subjek digredkan klinikal secara berasingan pada muka dan leher untuk tona tidak sekata dan pigmentasi.

Hasil

Bi-Oil adalah berkesan pada kulit yang rosak akibat pancaran matahari (penuaan) dalam meningkatkan penampilan tona kulit tidak sekata dan pigmentasi. Hasil statistik yang signifikan telah dicapai selepas 4 minggu untuk kedua-dua parameter pada muka dan leher. Selepas 12 minggu 86% daripada subjek dalam sel rawatan Bi-Oil menunjukkan peningkatan statistik yang signifikan dalam penampilan tona kulit tidak sekata pada muka, 71% daripada subjek dalam pigmentasi pada muka, 69% dalam tona kulit tidak sekata pada leher dan 60% dalam pigmentasi pada leher.