Kajian warna kulit tidak serata, 2005

Pusat percubaan

Photobiology Laboratory of the Medical University of South Africa.

Objektif

Untuk menyelidik keberkesanan Bi-Oil terhadap pembaikan dalam penampilan warna kulit yang tidak serata.

Sampel

Subjek: 30 peserta perempuan daripada pelbagai keturunan etnik. Usia peserta: 18 hingga 55 tahun. Jenis pigmentasi: melasma muka.

Metodologi

Buta tunggal (penilai), rawak dan terkawal. Reka bentuk kajian berpasangan untuk membolehkan perbandingan intra-subjek. Subjek mempunyai pigmentasi dwisisi, yang membolehkan reka bentuk kajian pada separa muka/leher. Produk disapu dua kali setiap hari selama 12 minggu pada kawasan sasaran. Penggunaan produk di bawah penyeliaan pada masa-masa yang tetap. Penilaian dijalankan pada minggu 0, 4, 8 dan 12.

Hasil

Bi-Oil memperbaik penampilan warna kulit tak serata pada kedua-dua jenis kulit cerah dan gelap. 93% daripada subjek mencatatkan pembaikan dalam penampilan selepas 6 minggu. Klinisian mencatatkan pembaikan dalam kedua-dua jenis kulit cerah dan gelap dari minggu 0 hingga 8. Klinisian mencatatkan lebih pembaikan pada jenis kulit gelap dari minggu 8 hingga 12.