Kajian regangan kulit, 2010

Pusat percubaan

proDERM institute untuk penyelidikan dermatologi gunaan, Hamburg, Negara Jerman.

Objektif

Untuk menilai keberkesaan Bi-Oil dalam pembaikan penampilan regangan kulit.

Sampel

Subjek: 38 peserta perempuan daripada pelbagai keturunan etnik. Usia peserta: 18 hingga 65 tahun. Punca regangan kulit: pelbagai (selepas kehamilan, kegemukan atau peningkatan remaja). Lokasi regangan kulit: abdomen, paha dan pinggang.

Metodologi

Rabun dwipihak, rawak dan terkawal plasebo. Subjek mempunyai regangan kulit yang sepadan atau regangan kulit yang cukup besar untuk membenarkan penggunaan separa-separa dan perbandingan intra-subjek. Produk disapu dua kali setiap hari selama 8 minggu, tanpa tindakan tambahan mengurut pada bahagian sasaran. Penggunaan produk di bawah penyeliaan pada masa-masa yang tetap. Penilaian dijalankan pada minggu 0, 2, 4 dan 8. Parameter parut yang berlainan seperti didefinisikan dalam Skala Penilaian Parut Pemerhati dan Pesakit (POSAS -Patient and Observer Scar Assessment Scale) telah dinilai.

Hasil

Bi-Oil adalah mujarab dalam memperbaik penampilan regangan kulit. Hasil yang signifikan secara statistik selepas hanya 2 minggu (hari 15), kelihatan pada 95% daripada subjek. Selepas 8 minggu (hari 57) 100% daripada subjek menunjukkan pembaikan, dengan pembaikan sehingga dua kali ganda berbanding pada 2 minggu. Pembaikan POSAS yang berterusan sepanjang tempoh kajian.