Kajian regangan kulit, 2005

Pusat percubaan

Photobiology Laboratory of the Medical University of South Africa.

Objektif

Untuk menilai keberkesanan Bi-Oil terhadap pembaikan dalam penampilan regangan kulit.

Sampel

Subjek: 20 peserta perempuan. Usia peserta: 18 hingga 55 tahun. Lokasi regangan kulit: abdomen.

Metodologi

Buta tunggal (penilai), rawak dan terkawal. Reka bentuk kajian berpasangan untuk membolehkan perbandingan intra-subjek. Subjek mempunyai regangan kulit pada dwisisi abdomen, yang membolehkan reka bentuk kajian separa abdomen. Produk disapu dua kali setiap hari selama 12 minggu pada kawasan sasaran. Penggunaan produk di bawah penyeliaan pada masa-masa yang tetap. Penilaian dijalankan pada minggu 0, 4, 8 dan 12.

Hasil

Bi-Oil memperbaik penampilan regangan kulit dalam penilaian secara objektif dan juga subjektif. 50% daripada subjek mencatatkan pembaikan dalam penampilan selepas 8 minggu.