Ujian kulit sensitif, 2006

Pusat percubaan

Future Cosmetics, Pretoria, Afrika Selatan.

Objektif

Untuk menguji sama ada Bi-Oil menyebabkan kerengsaan kulit pada subjek dengan kulit sensitif.

Sampel

Subjek: 21 peserta. Usia peserta: 18 hingga 65 tahun. Kriteria pemilihan: Subjek dengan kulit sensitif telah dipilih dan didedahkan kepada kawalan positif (asid laktik) untuk mengesahkan status kesensitifan kulit mereka.

Metodologi

Rawak dan terkawal. 3 perkara dinilai: kawasan yang disapukan dengan air nyah-ion (kawalan negatif), kawasan yang disapukan dengan Bi-Oil, dan kawasan yang disapukan dengan larutan 1% Natrium Lauril Sulfat (kawalan positif - perengsa kulit yang diketahui). Produk ujian digunakan melalui satu tampalan pada lengan volar dan ditanggalkan selepas 24 jam. Kulit dinilai dan reaksi dicatatkan pada 24, 48, 72 dan 96 jam selepas penggunaan. Ahli dermatologi hadir sewaktu penilaian. Reaksi kulit dinilai pada skala dari 0 - 4 (dengan 0 sebagai tiada respons dan 4 sebagai kemerah-merahan).

Hasil

Bi-Oil didapati bukan produk perengsa terhadap subjek dengan kulit sensitif. Tiada subjek yang mengalami apa-apa reaksi yang memudaratkan terhadap Bi-Oil. Bi-Oil mempunyai nilai reaktif purata sebanyak 0.03 sepanjang tempoh 96 jam. Bi-Oil lebih berkesan berbanding air nyah-ion (kawalan negatif).