Percubaan parut pengguna, 2002

Pusat percubaan

Ayton-Moon, Somerset, United Kingdom.

Objektif

Kadar kebolehan Bi-Oil untuk memperbaik penampilan parut, dalam percubaan pengguna seramai 82 orang.

Sampel

Subjek: 82 peserta termasuk orang dewasa dan kanak-kanak. Usia parut: parut baru kepada parut berusia lebih 10 tahun. Jenis parut: Parut timbul, leper dan tertekan, dari luka bakar dan lecet kepada parut pembedahan. Lokasi parut: pelbagai.

Metodologi

Produk disapu 3 kali setiap hari selama 4 minggu. Peserta diminta mengurut dengan pergerakan membulat sehingga produk diserap sepenuhnya. Temu duga dijalankan pada minggu 0, 2 dan 4. Peserta menilai pembaikan yang mereka perhatikan pada skala 1 - 9 (1 mewakili ‘tiada pembaikan’ dan 9 mewakili ‘banyak pembaikan’).

Hasil

82% daripada peserta mencatatkan pembaikan dalam penampilan parut mereka selepas 4 minggu.