Kajian parut, 2010

Pusat percubaan

proDERM institute untuk penyelidikan dermatologi gunaan, Hamburg, Negara Jerman.

Objektif

Untuk menilai keberkesanan Bi-Oil dalam memperbaik penampilan parut.

Sampel

Subjek: 36 peserta perempuan daripada pelbagai keturunan etnik. Usia peserta: 18 hingga 65 tahun. Usia parut: baru terbentuk sehingga 3 tahun. Lokasi parut: abdomen, kaki, lengan, leher, lutut, torso, bahagian atas tubuh.

Metodologi

Rabun dwipihak, rawak dan terkawal plasebo. Subjek mempunyai parut yang sepadan atau parut yang cukup besar untuk membenarkan penggunaan separa-separa dan perbandingan intra-subjek. Produk disapu dua kali setiap hari selama 8 minggu, tanpa tindakan tambahan mengurut pada bahagian sasaran. Penggunaan produk di bawah penyeliaan pada masa-masa yang tetap. Penilaian dijalankan pada minggu 0, 2, 4 dan 8. Parameter parut yang berlainan seperti didefinisikan dalam Skala Penilaian Parut Pemerhati dan Pesakit (POSAS -Patient and Observer Scar Assessment Scale) telah dinilai.

Hasil

Bi-Oil adalah mujarab dalam memperbaik penampilan parut. Hasil yang signifikan secara statistik selepas hanya 2 minggu (hari 15), kelihatan pada 66% daripada subjek. Selepas 8 minggu (hari 57) 92% daripada subjek menunjukkan pembaikan, dengan pembaikan sehingga tiga kali ganda berbanding pada 2 minggu. Pembaikan POSAS yang berterusan sepanjang tempoh kajian.