Kajian parut, 2005

Pusat percubaan

Photobiology Laboratory of the Medical University of South Africa.

Objektif

Untuk menilai keberkesanan Bi-Oil terhadap pembaikan dalam penampilan parut.

Sampel

Subjek: 24 peserta, 22 perempuan dan 2 lelaki. Usia peserta: 18 hingga 60 tahun. Usia parut: baru terbentuk sehingga 3 tahun. Jenis parut: merangkumi luka bakar yang kecil kepada parut pembedahan (12 parut besar, 14 parut kecil - 1 peserta mempunyai tiga kawasan parut).

Metodologi

Buta tunggal (penilai), rawak dan terkawal. Reka bentuk kajian berpasangan untuk perbandingan intra-subjek. Subjek mempunyai parut yang sepadan atau parut yang cukup besar untuk membenarkan pengunaan pada separa parut. Produk disapu dua kali setiap hari selama 12 minggu pada kawasan sasaran. Penggunaan produk di bawah penyeliaan pada masa-masa yang tetap. Penilaian dijalankan pada minggu 0, 4, 8 dan 12.

Hasil

Bi-Oil memperbaik penampilan parut dalam penilaian secara objektif dan juga subjektif. 65% daripada subjek mencatatkan pembaikan dalam penampilan selepas 4 minggu.