Kajian penuaan pada kulit, 2011

Pusat percubaan

Thomas J. Stephens & Associates, Inc., Texas, Amerika Syarikat.

Kajian 1: muka & leher

Objektif

Untuk menilai keberkesanan Bi-Oil apabila digunakan pada wanita dengan ringan ke sederhana kerosakan kulit akibat pancaran matahari pada muka dan leher.

Sampel

Subjek: 67 peserta wanita (pelbagai etnik) yang ditentukan secara klinikal mengalami ringan ke sederhana kerosakan kulit akibat pancaran matahari pada muka dan leher. Sel rawatan dengan Bi-Oil merangkumi 35 subjek dan sel tanpa rawatan merangkumi 32 subjek. Umur peserta: 30 sampai 70.

Metodologi

Secara rawak, terkawal, efikasi gred buta. Subjek mengambil bahagian dalam penilaian penyaringan awal diikuti dengan 1 minggu tempoh tanpa rawatan. Produk disapu pada muka dan leher dua kali sehari selama 12 minggu. Aplikasi dilakukan dibawah pengawasan penyelia pada lawatan asas. Penilaian klinikal dijalankan pada minggu 0, 2, 4, 8 dan 12. Subjek digredkan klinikal secara berasingan pada muka dan leher untuk parameter efikasi berikut: penampilan keseluruhan, garis-garis halus, kedutan kasar, pigmentasi, tona kulit tidak sekata, penglihatan kekasaran/kelicinan kulit, sentuhan kekasaran /kelicinan kulit, keanjalan, dan kejelasan (kusam) kulit.

Hasil

Bi-Oil adalah berkesan dalam memperbaiki penampilan keseluruhan kulit akibat pancaran matahari pada muka dan leher. Hasil statistik yang signifikan telah dicapai selepas 8 minggu untuk semua parameter efikasi klinikal yang digredkan. Selepas 12 minggu 94% daripada subjek dalam sel rawatan Bi-Oil menunjukkan peningkatan statistik yang signifikan dalam penampilan keseluruhan kulit pada muka dan 80% daripada subjek menunjukkan peningkatan statistik yang signifikan dalam penampilan keseluruhan pada leher.

Study 2: badan

Objektif

Untuk menilai keberkesanan Bi-Oil apabila digunakan pada garis leher, bahagian bawah kaki dan lengan oleh wanita dengan ringan ke sederhana kerosakan kulit akibat pancaran matahari (penuaan).

Sampel

Subjek: 67 peserta wanita (pelbagai etnik) yang ditentukan secara klinikal mengalami ringan ke sederhana kerosakan kulit akibat pancaran matahari pada muka dan leher. Sel rawatan dengan Bi-Oil merangkumi 35 subjek dan sel tanpa rawatan merangkumi 32 subjek. Umur peserta: 30 sampai 70.

Metodologi

Secara rawak, terkawal, efikasi gred buta. Subjek mengambil bahagian dalam penilaian penyaringan awal diikuti dengan 1 minggu tempoh tanpa rawatan. Produk disapu pada muka dan leher dua kali sehari selama 12 minggu. Aplikasi dilakukan dibawah pengawasan penyelia pada lawatan asas. Penilaian klinikal dijalankan pada minggu 0, 2, 4, 8 dan 12. Subjek digredkan klinikal secara berasingan pada garis leher, bahagian bawah kaki dan lengan untuk parameter efikasi berikut: penampilan keseluruhan, tekstur mengersik, kekeringan/bersisik, penglihatan kekasaran/kelicinan kulit, dan sentuhan kekasaran/kelicinan kulit.

Hasil

Bi-Oil adalah berkesan dalam memperbaiki penampilan keseluruhan kulit akibat pancaran matahari pada muka dan leher. Hasil statistik yang signifikan telah dicapai selepas 4 minggu untuk semua parameter efikasi klinikal yang digredkan. Selepas 12 minggu 89% daripada subjek dalam sel rawatan Bi-Oil menunjukkan peningkatan statistik yang signifikan dalam penampilan keseluruhan kulit pada garis leher, bahagian bawah kaki dan lengan.