Ujian aknegenik, 2006

Pusat percubaan

Future Cosmetics, Pretoria, Afrika Selatan.

Objektif

Untuk menguji sama ada Bi-Oil berkemungkinan menyebabkan akne dan bebintik hitam (jerawat).

Sampel

Subjek: 21 peserta, 17 perempuan dan 4 lelaki daripada pelbagai keturunan etnik, 50% cenderung terhadap akne.

Metodologi

Rawak dan terkawal. Produk disapukan dua kali setiap hari selama 28 hari. 3 perkara dinilai: kawasan yang tak dirawat (kawalan negatif), kawasan yang disapukan dengan Bi-Oil dan kawasan yang disapukan dengan alkohol lanolin terasetil (kawalan positif - produk aknegenik yang diketahui). Produk ujian disapukan pada bahagian atas belakang (skapula).

Hasil

Bi-Oil didapati bukan aknegenik dan tidak menyebabkan bebintik hitam. Kawasan yang disapukan dengan Bi-Oil tidak menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding kawasan yang tak dirawat. Akne cetusan kawalan positif.