Formulasi

Formulasi Bi-Oil adalah kombinasi ekstrak tumbuhan dan vitamin yang terampai dalam suatu asas minyak. Ia mengandungi ramuan ulung Minyak PurCellin Oilâ„¢, yang mengubah ketekalannya secara keseluruhan, menjadikannya ringan dan tidak berminyak, memastikan bahawa kebaikan vitamin dan ekstrak tumbuhan yang mudah diserap.

Bi-Oil telah menjalani penilaian keselamatan mengikut Peraturan Parlimen Eropah dan Majlis Produk Kosmetik. Profil toksikologi, struktur kimia, tahap rangkuman dan tahap keseluruhan dos pendedahan harian setiap ramuan yang digunakan telah dinilai dan dianggap selamat untuk kegunaan (termasuk kegunaan oleh wanita hamil).