Regangan kulit

Apabila tubuh mengembang lebih pantas daripada liputan kulit, kulit akan berpecah, lalu membentuk parut sewaktu penyembuhan. Parut ini dapat dilihat pada permukaan kulit sebagai regangan kulit.

Kemungkinan terbentuknya regangan kulit berbeza bergantung pada jenis kulit, keturunan, usia, diet dan penghidratan kulit. Mereka yang paling cenderung mengalami regangan kulit termasuk wanita hamil, tubuh pembina badan, remaja yang sedang melalui lonjakan pertumbuhan dan individual yang mengalami pertambahan berat badan secara mendadak.

Regangan kulit berkekalan secara semula jadi, dan walaupun Bi-Oil diformulasikan untuk membantu memperbaik penampilannya, namun tidak boleh menghapuskannya.

Bi-Oil harus diurut pada regangan kulit dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari, bagi tempoh minimum 3 bulan. Sewaktu hamil, Bi-Oil harus disapukan pada kawasan yang cenderung mengalami regangan kulit seperti abdomen, payudara, pinggang, pinggul, punggung dan paha dari permulaan trimester kedua.

Hasil mungkin berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.